Monday, November 30, 2009

Perkembangan PAS Negeri Kedah

Aidiladha macam biasa la DP pulang ke Kampung Halaman di Tanjung Karang , Selangor Darul Ehsan untuk menyambutnya bersama-sama sanak saudara yang jauh mahupun yang dekat. Sampai je kat rumah peninggalan Arwah Nenek DP , DP melihat uncle DP yang menetap di Sungai Petani pun ada. Wah ini sudah bagus !!! apa lagi DP pun bersalaman dengan Uncle DP tu. Dalam sibuk bertanya khabar , DP pun selit pertanyaan perkembangan Negeri Kedah sekarang. Uncle DP seolah mengetahui apa yang ingin DP tanya pada dia. Dengan selumber uncle DP menyatakan bahawa Kerajaan PAS bodoh tak tahu memerintah , tapi nak memerintah. Kononya PAS bagus memerintah mengikut ajaran ISLAM kononya tapi habuk pun tak ada. DP tengok airmuka Uncle DP merah padam. DP pun tanya la lagi " kenapa uncle...? Macam ada yang tak kena jer...?" Uncle DP menyatakan bahawa peruntukan RM7Billion telah diturunkan oleh Kerajaan persekutuan namun hasilnya entah kemana? Dulu bukan main lagi pukul canang cerita UMNO makan duit rakyat. Seleweng duit rakyat....tapi la ni....PAS pun 2 kali 5......ni sibuk dengaq cerita depa sembang sibuk nak korek TANK minyak kat YAN.....

La ni kalu nak jadi penyambut tetamu mahupun penaip (jawatan tukang taip ni wujud ka lagi dalam pengambilan kerajaan?) senang sahaja. Apa yang diperlukan bukanlah sekeping sijil SPM mahupun sijil tamat Taska, tapi sekadar sedara mara penasihat MB ker, sepupu sepapat exco ker, adik beradik serta kroni PAS ker, boleh masuk kerja di SUK tanpa perlu interview mahupun exam. Serap masuk terus. Bab gaji, Q8 semua akan diuruskan kemudian. Masuk kerja secara tetap tanpa melalui SPA Negeri dah. Senangnya.. Ini baru namanya ketelusan dalam pentadbiran.

Dulu time BN tadbir negeri, hari ahad semua senyum lebar. Pegawai kerajaan dapat rehat 2 jam (seperti rehat pada hari Jumaat di Kuala Lumpur), kini tiada lagi. PAS dah potong. Terer PAS tadbir Kedah.

Lagi? MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar) sudahpun diswastakan mulai bulan Oktober yang lepas. Bila dah swasta, apa yang orang Kedah nampak hanyalah, parking motor, kereta berbayar (kira yang masyuk jer nampak dijaga). Yang lain macam seperti landskap Alor Setar memang hancor, rumput panjang, pokok tak terjaga, jalan lubang, hanya ditampung, seperti buat kerja sekadar jer. Sampah, 2 minggu sekali, atau ikut suka ati mak bapak diorang ja, bila agak nak mai pungut, pungutla. Yang duk berdimbun sapah tew, lantakla.. PAS kan ada "Kedah Sejahtera" kan


hahah.....terbahak-bahak DP mendengar celoteh Uncle DP tu....nampak gayanya ada chance la BN menang di Kota Siputeh kali ni......

No comments:

Post a Comment

Darkpress : Kasi peluang nak komen apa pun leh komen...Tak ada Hal Punya....AKU BUKAN BEKERJA UNTUK UMNO /BN