Monday, November 30, 2009

Perkembangan PAS Negeri Kedah

Aidiladha macam biasa la DP pulang ke Kampung Halaman di Tanjung Karang , Selangor Darul Ehsan untuk menyambutnya bersama-sama sanak saudara yang jauh mahupun yang dekat. Sampai je kat rumah peninggalan Arwah Nenek DP , DP melihat uncle DP yang menetap di Sungai Petani pun ada. Wah ini sudah bagus !!! apa lagi DP pun bersalaman dengan Uncle DP tu. Dalam sibuk bertanya khabar , DP pun selit pertanyaan perkembangan Negeri Kedah sekarang. Uncle DP seolah mengetahui apa yang ingin DP tanya pada dia. Dengan selumber uncle DP menyatakan bahawa Kerajaan PAS bodoh tak tahu memerintah , tapi nak memerintah. Kononya PAS bagus memerintah mengikut ajaran ISLAM kononya tapi habuk pun tak ada. DP tengok airmuka Uncle DP merah padam. DP pun tanya la lagi " kenapa uncle...? Macam ada yang tak kena jer...?" Uncle DP menyatakan bahawa peruntukan RM7Billion telah diturunkan oleh Kerajaan persekutuan namun hasilnya entah kemana? Dulu bukan main lagi pukul canang cerita UMNO makan duit rakyat. Seleweng duit rakyat....tapi la ni....PAS pun 2 kali 5......ni sibuk dengaq cerita depa sembang sibuk nak korek TANK minyak kat YAN.....

La ni kalu nak jadi penyambut tetamu mahupun penaip (jawatan tukang taip ni wujud ka lagi dalam pengambilan kerajaan?) senang sahaja. Apa yang diperlukan bukanlah sekeping sijil SPM mahupun sijil tamat Taska, tapi sekadar sedara mara penasihat MB ker, sepupu sepapat exco ker, adik beradik serta kroni PAS ker, boleh masuk kerja di SUK tanpa perlu interview mahupun exam. Serap masuk terus. Bab gaji, Q8 semua akan diuruskan kemudian. Masuk kerja secara tetap tanpa melalui SPA Negeri dah. Senangnya.. Ini baru namanya ketelusan dalam pentadbiran.

Dulu time BN tadbir negeri, hari ahad semua senyum lebar. Pegawai kerajaan dapat rehat 2 jam (seperti rehat pada hari Jumaat di Kuala Lumpur), kini tiada lagi. PAS dah potong. Terer PAS tadbir Kedah.

Lagi? MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar) sudahpun diswastakan mulai bulan Oktober yang lepas. Bila dah swasta, apa yang orang Kedah nampak hanyalah, parking motor, kereta berbayar (kira yang masyuk jer nampak dijaga). Yang lain macam seperti landskap Alor Setar memang hancor, rumput panjang, pokok tak terjaga, jalan lubang, hanya ditampung, seperti buat kerja sekadar jer. Sampah, 2 minggu sekali, atau ikut suka ati mak bapak diorang ja, bila agak nak mai pungut, pungutla. Yang duk berdimbun sapah tew, lantakla.. PAS kan ada "Kedah Sejahtera" kan


hahah.....terbahak-bahak DP mendengar celoteh Uncle DP tu....nampak gayanya ada chance la BN menang di Kota Siputeh kali ni......

Thursday, November 26, 2009

'Jangan halang ayah saya'

Anak kepada Menteri Besar, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan agar tiada mana-mana pihak cuba menghalang bapanya daripada melepaskan jawatan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat berkata, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melakukan yang terbaik dalam perjuangan tetapi beliau sudah tua dan keletihan.

"Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, 'Wahai si bodoh!'," katanya.

Beliau menegaskan demikian dalam blognya bagi menceritakan musibah yang meletakkan keluarganya dalam saat-saat sukar ekoran kemelut politik kepimpinan Pas yang sebahagiannya dikatakan sengaja dirancang, malah cuba memerangkap Nik Abdul Aziz.

"Anda tahu ayahanda sedang dihimpit ujian Tuhan yang datang secara bertubi-tubi. Daripada isu mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan politik persepsi, ia bergerak menuju isu tajaan haji dan rasuah.

"Kemudian ia menerkam kepada isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan kroni. Belum pun 'bengah' (selesai), dia diasak isu letak jawatan dan konspirasi membunuh karakter dan karier.

"Kecuali isu EGM, ia telah meruntun keharmonian dalam keluarga. Ia mengocak rumah yang sentiasa tenang dan bahagia dengan kehadiran ayah dan ibu yang sentiasa menguntum dengan senyuman kasih dan sayang,'' katanya. (baca lagi)

Nak halang buat apa....kalau dah benar-benar dah tua dan tak larat lagi. Apa lagi letak jawatan je...senang...gantikan dengan yang baru..eceh macam iklan FAB la pulak. Bak kata orang tua-tua , Rumah Kata Pergi Kubur Kata Mari........badan pun dah berbau tanah dah...ini masa untuk beribadat banyak2 kepada Allah S.w.t supaya perjalanan dengan roket menuju ke Syurga dipermudahkan tanpa ada sebarang halangan. Nak sibuk-sibuk buat apa lagi. Anak sendiri pun kata dah tua dan kepenatan....LETAK JAWATAN je Senang. Lantik Husam Musa gantikan tempat ayahanda KAMU......Husam Musa pun tak nak kalah jugak. Tu pun sibuk san menafikan. Kalau bukan itu yang ditunggu apa lagi..PERJUNGAN.....perjuangan apa yang Husam Musa bawa......fahaman wahabi ke YAHUDI......Dah la TGNA letak jer la jawatan dalam semua hal yang melibatkan POLITIK ni. Sudah tiba saat untuk TGNA berundur.Mungkin selepas ni giliran TGNA pula dijemput pulang ke Rahmatullah untuk di hisab segala Amalan Wahabi@ Yahudi TGNA...lagi pun kehancuran yang macam mana lagi nak dilihat kepada orang-orang Melayu....Tak pe , lepas lantik Husam Musa sebagai pengganti nanti...Husam Musa akan lakukan yang terbaik bagi menyambung tugas-tugas TGNA tu.....seronok pulak membelasah si Husam Musa......

Wednesday, November 25, 2009

Nik Aziz TAKBUR


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.

"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.

"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.

ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya. ---> BACA DENGAN LANJUT<---

Berdasarkan apa yang terlakar diatas dada laman blog Panglima Perang Cyber jelas menunjukankan bahawa Nik Aziz sudah berada dilandasan Seorang Tok Guru yang telah diselubungi dengan ke Takburanya. Tok Guru Nik Aziz (TGNA) harus bertanggungjawab diatas perpecahan yang sengaja dilakukan oleh TGNA kepada Umat Islam. Hujah ini diperkuatkan lagi apabila Abdullah Sa'amah Pengasas Pondok Geting membuat teguran secara terbuka di Tumpat Kelantan walaupun menyedari bahawa dirinya dimusuhi oleh TGNA. Dengan jelas juga Abdullah Sa'amah juga menyatakan bahawa TGNA tidak lagi bertindak mengikut Ajaran Islam dan Ijtihad Ulama serta beliau mentafsir Al-Quran mengikut fahaman sendiri serta mempunyai agenda tersendiri. Secara tidak langsung Anwar Ibrahim menggunakan TGNA sebagai diantara senjata untuk melolosi pemikiran Rakyat yang beragama Islam di Malaysia sebagai salah satu alternatif bagi melumpuhkan Kerajaan sedia ada.

Thursday, November 19, 2009

Ketuai pembangkang: Nik Aziz belum sedia


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat belum bersedia untuk memberi reaksi berhubung cadangan agar beliau dilantik menerajui pakatan pembangkang.

Menteri Besar itu menyifatkan masih terlalu awal dan belum sampai masa untuk beliau mengulas cadangan itu.

''Belum masak lagi, biar periuk menggelegak, lama-lama boleh masak dan makan nasi," katanya ketika diminta mengulas isu itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini dilaporkan mencadangkan Nik Abdul Aziz dilantik sebagai ketua pakatan pembangkang kerana gabungan itu memerlukan seorang pemimpin 'spiritual' seperti Mahatma Gandhi sewaktu zaman India memperjuangkan kemerdekaan dahulu.

Melalui penjelasan di dalam blognya, Zaid berkata, apa yang dimaksudkan oleh beliau mengenai pemimpin 'spiritual' ialah seorang pemimpin yang tidak ada cita-cita menjadi Perdana Menteri atau apa-apa jawatan besar. --->Pautan terus<----


Pening-pening kepala Nik Aziz setelah ada yang telah menyuarakan dan mnginginkan Nik Aziz sebagai Peneraju Pakatan Rakyat. Namun yang pasti ianya masih bermain-main difikiran Nik aziz apakah Agenda PakatanRakyat sesetusnya.Setelah TGNA betul2 menjadi Ketua PakatanRakyat.Antara persoalanya.......ANWAR IBRAHIM dan jadi Penasihat Ekonomi Selangor , Nizar Pulak sibuk dengan Gila Kuasa Nak Jagi MB , Lim Kiat Siang , lepak dulu......Azmin masih ada skandal Saham , Menantu TGNA pun still hot lagi .........so apa akan berlaku TGNA masih lagi memikirkan apa akan terjadi dan berlaku.

Guan Eng :Tuduh pemberian bantuan fakir miskin di tokong ini adalah fitnah

LGE telah menuduh perkara sumbangan di tokong adalah fitnah dan berbaur perkauman ,maka Haprak Daily mengambil inisiatif menyiarkan kenyataan Khalifah Cina Melaka kesayangan PAS ini. Malah paling menjijikkan kononnya ingin menunjukkan mesranya LGE,gambar beliau disiarkan makan bersama Salleh Salon(Adun Pmtg Pasir).


Setelah didedahkan oleh Pisau & blogger2 :,Pihak pakatan haprak sedar kerja menglembukan fakir miskin Islam diketahui umum maka atas arahan Khalifah Sosialis Cina Melaka telah mengubah lokasi bantuan ke dewan orang ramai,Yang terbaru mereka akan menyampaikan bantuan di Dewan Persatuan Penduduk Blok 6,Di Jalan Mohd Saad,Bagan Jermal hujung minggu ini. --->Sila Ke<---

Pembongkaran demi pembongkaran yang telah dibuat oleh segenap rakyat Malaysia DP akan turun ke P.Pinang malam ini untuk mengetahui isu TANAH MELAYU ni dengan lebih lanjut. Kepada Semua rakan2 blgger jika ada berita best2....sila la hantar kepada darkpress360@gmail.com untuk kita memperjuangan kan hak MELAYU.


Nik Aziz dilihat tidak bersalah

Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat tidak bersalah dalam isu tajaaan menunaikan tajaan haji di Makkah oleh individu tertentu.

secara peribadi berkata, isu tersebut sudah selesai dan berdasarkan laporan akhbar, Mursyidul Am Pas itu menjawab soalan wartawan dengan ‘jujur’ menunjukkan beliau tidak bersalah sekiranya menerima tajaan tersebut.
--->Seterusnya<---

Ini laporan yang ditulis oleh akhbar sinar. Namun pun demikian , " jika tidak ada angin yang bertiup masakan , pokok akak bergoyang " ada pula pihak yang menyatakan bahawa TGNA ke Mekkah dengan tajaan kontraktor-kontraktor yang memegang projek negeri Kelantan. bukan itu dinamakan sebagai rasuah...eh silap.....tajaan...Asalkan projek Jalan......... menunaikan Fardhu Haji ni.......kepada yang mampu...duit sendiri.....bukan duit tajaan....Keredhaan Allah tu tak ada.....sebab tu la Allah menurunkan pelbagai ujian kepada Nik Aziz....sehinggakan TGNA tak jadi ke makkah.......

Tuesday, November 17, 2009

Kota Siputeh : Menunggu Keputusan Mahkamah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta nasihat Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR akan meminta nasihat Peguam Negara bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

"Kita perlu meminta nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah.

"Kita mahu lihat sama ada SPR menpunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan)," katanya kepada Bernama Isnin.

"Isu ini telah menjadi satu isu akademik yang wajar diteliti, jadi elok SPR membawanya kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan," kata Wan Ahmad.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin hari ini memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi kawasan Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

Isu ini dibawa ke Mahkamah Tinggi berikutan SPR pada mesyuarat 1 Sept lepas memutuskan kerusi itu tidak kosong kerana pada pandangan suruhanjaya itu, Abu Hassan perlu dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib DUN Kedah terlebih dahulu sebelum kerusi itu disahkan kosong.

Sementara itu, di ALOR SETAR, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Abu Hassan tidak akan menghadiri persidangan bajet DUN Kedah yang dijadual berlangsung selama tiga hari mulai esok sebagai menghormati keputusan mahkamah.

"Kita menerima keputusan (mahkamah) dengan lapang dada dan hati terbuka dan akan sabar menunggu keputusan rayuan pada 20 Nov ini," kata Ahmad Bashah semasa dihubungi Bernama.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh itu membuktikan kerajaan negeri Kedah bertindak berlandaskan undang-undang.

Katanya Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengambil tindakan yang betul apabila mengisytiharkan Abu Hasan telah hilang kelayakan sebagai Adun ekoran tidak menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa memaklumkannya kepada Speaker.

"Kita bertindak atas undang-undang dan keputusan Mahkamah Tinggi itu haruslah menjadi pengajaran kepada semua wakil rakyat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan diberi amanah oleh rakyat untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri,"

Monday, November 16, 2009

Generasi Muda sertai UMNO tetapi ada HALANGAN sertai Parti!!!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah tidak benar bahawa generasi muda sekarang tidak menyokong Umno, tetapi mereka sebenarnya menghadapi halangan untuk menyertai parti.

Beliau berkata ini berikutan ada sesetengah pimpinan peringkat cawangan parti enggan menerima kemasukan generasi muda yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berkelulusan tinggi kerana bimbang kedudukan mereka tergugat.

"Sekarang ini ramai orang Melayu memiliki ijazah dan inilah cabaran kepada ketua-ketua cawangan, mereka takut disingkir dan diganti dengan mereka yang punyai pelajaran lebih tinggi.
"Apabila sudah dapat tempat sebagai ketua cawangan, mereka enggan lepaskan. Sebab itu, kalau ada yang ada kelebihan sedikit dari segi kelulusan atau berijazah, tidak dibenar masuk dalam cawangan," katanya pada Majlis Wacana Ilmu anjuran pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Sabah di sini pada hari Sabtu.




Ini satu lagi yang politik Melayu UMNO tidak dapat untuk berubah. Setiap kali piliharaya umum pasti akan timbul isu Undi Golongan Muda. Darkpress (DP) melihat isu ini timbul kerana apa yang diperkatakan oleh Tun Mahatrir adalah benar. Penglibatan generasi muda didalam Parti (UMNO) ditolak. Didalam mengharungi dunia politik yang pelbagai cabaran dan halangan seharusnya sudah tiba masanya UMNO memiliki senjata yang dihasilkan oleh pemikiran Genersi Muda. DP melihat contohnya di Parlimen Lembah Pantai , Nurul Ezzah yang jauh lebih muda sudah pun bertanding malah menang didalam Pilihanraya-12 lalu. Ini jelas menunjukan bahawa PakatanRakyat telah menggunakan senjata Generasi Muda mereka untuk mewakili Parti mereka. Tetapi UMNO masih lagi mengenepikan Genersai Muda untuk melibatkan diri didalam UMNO hanya kerana takut kedudukan mereka digugat oleh Genersi Muda. Bagi DP perubahan Politik UMNO harus berubah dan Orang2 Lama didalam UMNO harus menunjuk ajar kepada Genersi Muda dari mana....dan dimana permulaanya Perjuangan UMNO untuk membela nasib Melayu.

Thursday, November 12, 2009

Bekas ahli Pas akui amalan sudah lama dilaksana

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Pas mengakui amalan baiah sudah lama dilaksanakan parti itu terutama ketika Pas menghadapi masalah dengan Parti Semangat 46 (S46).

Ia bagi memastikan pemimpin parti berkenaan, terutama wakil rakyat, terus setia dengan Pas walaupun rakan bersekutu daripada S46 mengambil keputusan menyertai Umno.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata ia wujud ketika beliau masih bersama Pas dan sudah menghasilkan sebuah buku mengenai amalan itu.

“Baiah sememangnya wujud dalam Pas, tetapi tidak seperti ditetapkan Islam. Baiah perlu mengikut sistem Islam sebenarnya dan bagi saya kepemimpinan Pas tidak layak melaksanakan baiah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Baru dari Pas, Ramli Abu Bakar, berkata Pas mengamalkan baiah ketika perpecahan parti itu dengan S46 yang menyertai Umno. -->Baca Lagi <--
Disini telah jelas segalanya bahawa amalan Bai'ah ini telah lama wujud didalam kamus PAS.Mengapa Nik Aziz nak menafikanya lagi. Darkpress rasa lepas ni mungkin akan ada lagi pengakuan yang lebih mendalam berkenaan dengan isu Bai'ah ni. Lepas ni , sesiapa yang rasa nak kahwin lain tapi tak dapat kebenaran daripada isteri pertama , boleh la JOIN PAS sebelum terlambat pakej Bai'ah ( Tiket ke Syurga dan Bini Baru ). Muslimah PAS pun boleh tahan jugak Darkpress tengok , insyaAllah ok punya. Bukan senang dapat isteri yang memahami ni. Tapi darkpress nak tanya sahabat Darkpress iaitu http://ohbaganpinang.blogspot.com (Kak Jam) suami dia orang PAS....macam mana la nasib dia lepas ni.hermmmmm.....

Ada Ahli Politik Cetus Sentimen Perkauman



Sikap Ahli politik yangtidak bertanggungjawab dan sentiasa mewujudkan sentimen perkauman demi kepentingan politik adalah faktor utama gagalnya penyatuan dan perpaduan kaun di Malaysia.
Jika ahli politik dapat membahagikan dua perkara ini insyaAllah penyatuan dan perpaduan kaum dapat dilaksanakan dengan baik , tanpa ada sebarang kekecohan dan perbalahan.
Untuk menjawab persoalan (DAP-Bukit Bintan) Adakah kerajaan bersedia menghapuskan status Bumiputera dan Bukan Bumi Putera yang di dakwanya menjadi penghalang penyatuan antara kaum.? pesoalan yang diajukan ini berbaur kepada perkauman. Sedangkan telah jelas dan nyata bahawa Negara kita berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Antara isi kandaungan Perlembagaan Persekutuan juga bahawa " Hak-hak keistimewaan orang Melayu amnya bumiputera di Tanah Melayu ini telah termaktub dalam perlembagaan dan tiada siapa boleh mengubahnya" apa dah lupa ke benda ni?

Farid Saad Mendedahkan Pembohongan Lim Guan Eng!


Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang telah berbohong di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Perkara ini telah diberitahu kepada penulis oleh YB Muhd Farid Saad, ADUN Pulau Betong. Penulis telah menerima sms daripada beliau semalam.

Sms beliau :- "Saya telah tegur Guan Eng kerana menipu dewan dengan maklumat tidak betul dalam mesyuarat dewan yang lepas."

Kenyataan YB Farid Saad juga telah disiarkan di dalam suratkhabar News Straits Times :-

"The state Barisan Nasional has accused Chief Minister Lim Guan Eng of lying to the people on the status of land conversion from leasehold to freehold. Pulau Betong assemblyman Muhammad Farid Saad said Lim had misled the state assembly at the last sitting in August when he said there were no such conversions between April last year and June this year.

Farid said it was unbecoming of Lim, who constantly advocated transparency, to mislead the assembly and the people of Penang. "We are wondering how many more land conversions have been approved on the quiet and what premiums were imposed."

Farid was referring to the question he posed to Lim on whether there had been any land conversions for development purposes during that period- NST"

YB Farid Saad juga telah menerangkan di dalam sms beliau iaitu :-

"Ramai orang bersetuju dengan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganjurkan seminra intergriti pada 29hb Oktober 2009. Peluang yang diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (LGE) melalui ucapan perasmiannya dengan menyelar secara bersungguh-sungguh amalan rasuah yang secara tidak langsung ditujukan kepada pemimpin dan penjawat awam Persekutuan.

Antara yang dibangkitkan ialah Malaysia kehilangan RM28bilion akibat amalan rasuah disamping mengungkitkan kembali beberapa projek rasuah kerajaan BN seperti stadium di Terengganu yang roboh, laporan terkini Ketua Audit Negara dan peristiwa kehilangan nyawa 3 murid sekolah di Perak.

Dalam masa yang sama, LGE telah menggembar-gemburkan usaha Kerajaan Negeri dibawah kepimpinanannya membenteras rasuah seperti pengenalan CAT, sistem tender terbuka, perbelanjaan berhemah dan insentif khas pelapor rasuah. Sememangnya LGE mempunyai persepsi negatif terhadap kerajaan persekutuan yang dianggapnya rata-rata mengamalkan rasuah.

Malangnya institut intergriti yang merupakan agensi persekutuan dengan dibantu sepenuhnya oleh SUK telah memberi laluan kepada pemimpin pembangkang ini untuk mendapatkan mileage cukup besar dan memberikan ucapannya untuk memperkasakan PR/DAP di Pulau Pinang.

Sepatutnya, kempen dan promosi ini hanya diberikan kepada pemimpin persekutuan sahaja."

Pada dasarnya, penulis bersetuju dengan kenyatan Farid Saad bahawa manipulasi dan putar belit yang telah diambil oleh Lim Guan Eng. Lim Guan Eng berbicara seolah-olah parti DAP dan Pakatan Rakyat itu bersih daripada rasuah.

Akan tetapi, jika dibuat perbandingan dengan usia yang terlalu muda untuk parti Pakatan Rakyat/DAP mentadbir negeri Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin mereka juga telah ramai yang terbabas dan telah mengamalkan rasuah!

Institut Intergriti adalah usaha bersungguh-sungguh kerajaan persekutuan untuk mengurangkan amalan rasuah di dalam negara ini. Tetapi pastikan juga tiada yang akan mengambil kesempatan atau meneguk di air yang keruh seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng!

Monday, November 9, 2009

DR.ASRI: TAULIAH UN ISLAMIC

Ekoran kes tertangkapnya Dr.Asri bekas Mufti Perlis setelah didapati bekas Mufti Perlis tersebut menyampaikan ceramah tanpa kebenaran dan tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor. Didalam kenyataan Dr.Asri apabila ditemuramah , beliau menyatakan bahawa pentauliahan sebagai Penceramah @ pendakwah oleh Jabatan Agama Islam adalah tidak Islamic. Namun begitu pendapat tersebut dengan nyata dan jelasnya sewaktu Dr.Asri menjadi Mufti kerajaan Negeri Perlis Dr.Asri sendiri pernah memberikan tauliah kepada penceramah-penceramah dan juga pendakwah yang ingin menyampaikan ceramah agama di Perlis.
" Apa dah jadi ni........kata Tauliah tidak Islamic.....tetapi sejarah latar belakang sewaktu menjadi Mufti kerajaan Negeri Perlis...diri sendiri juga pernah memberi tauliah kepada Penceramah yang ingin berceramah di perlis.........Ni apa kes ni....cakap pusing2......."

Friday, November 6, 2009

Sultan tegas isu tauliah ceramah

SHAH ALAM - Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan pertemuan Sultan Sharafuddin Idris Shah (gambar) dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi di sini, petang kelmarin.

Katanya, pertemuan yang diadakan pada jam 5 petang itu membincangkan beberapa perkara berkaitan agama termasuklah isu ceramah tanpa tauliah.

“Dalam perjumpaan itu, Tuanku Sultan menitahkan pihak berkenaan (Jais) supaya memastikan sesiapa yang ingin mengajar, mendakwah atau memberi khutbah di masjid atau surau di Selangor perlu mempunyai tauliah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohamad Munir berkata, Sultan Sharafuddin amat menitikberatkan isu berkaitan isu ceramah tanpa tauliah.
terjawap la sudah segala persoalan yang dimainkan oleh pembangkang...SULTAN telah bertitah.....ada sesiapa yang ingin membantah....silakan.....DP berfikiran ada baiknya juga diberi tauliah.....kerana ianya akan menghasilkan keyakinan kepada si pedengar bahawa Tuan Penceramah di Malaysia mempunyai pengiktirafan daripada Jabatan Agama Islam......dan tidak akan menimbulakan rasa was-was.......

Wednesday, November 4, 2009

Rayuan Nizar esok, PAS Perak solat hajat malam ini

Sakit hati mula menyelubungi diri DP , bermula peristiwa solat hajat berkiblatkan Bangunan SUK pada 28-10-2009 oleh Penyokong PAS pada jam 10.15 pagi. Malam ini mereka bersolat hajat lagi kononya untuk meminta pertolongan Daripada Allah S.W.T agar Datuk Seri NIZAR dijauhi daripada anasir jahat daripada puak yang kononya lagi akan mengzalimi Datuk Seri Nizar.Didalam laporan yang dimuatkan di dada akhbar Harakahdaily.net , PAS Perak hari ini menyeru seluruh ahli parti itu mengadakan solat hajat berdepan keputusan siapa Menteri Besar perak yang sah yang bakal diputuskan Mahkamah Persekutuan esok.

Mungkin akan ada perkara sebegini esok..di hadapan mahkamah. DP yang hadir sewaktu persidangan DUN negeri Perak tempoh hari melihat sendiri agenda tersebut dijalankan oleh penyokong PAS , Malah ada yang tidak sembahyang pun tapi zikir munajat nye bukan main lagi. Satu lagi jika diperhalusi berkenaan dengan DOA yang dibaca oleh Imam Solat hajat tersebut , beliau meminta kepada Allah S.W.T agar menurunkan bala kepada mereka-mereka yang dianggap zalim kepada tindakan penyokong PAS yang kononya memperjuangkan ISLAM agar diturunkan musibah kepada mereka. Sedangkan sejak dari kecil kita mendengar bahawa Allah akan turunkan musibah bukan kepada seorang , tetapi seluruh hambanya.Senang cakap satu kampung la. Adakah tidak pernah terfikir oleh Imam tersebut. So esok mahkamah akan mendengar rayuan Datuk Seri Nizar MB Pembangkang. Dan kita tunggu dan lihat jer apa keputusanya.

35 Tuduhan Rasuah


GAMBAR ATAS (dari kiri) Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri; Bekas Adun Teratai, Yap Soo Sun; dan Bekas Pegawai Tugas Khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri manakala gambar bawah (dari kiri) Pembantu Tadbir Abd Rahman, Rosli Busro, Pembantu Yap, Mohd Firdaus Abu Zarin dan Pegawai Khas Exco Selangor, Ronnie Liu, Wong Chuan How.


Buat tuntutan palsu, salah guna kuasa, tipu, pecah amanah

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Yap Soo Sun serta dua pembantu mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap 30 tuduhan membuat tuntutan palsu antara Januari dan Februari tahun lalu.

Turut didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan, pegawai peribadi Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, Wong Chuan How dan bekas pegawai tugas khas Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri. Masing-masing menghadapi tiga dan dua tuduhan salah guna kuasa dan memalsukan dokumen.

Abd Rahman, 44, yang juga Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam menghadapi lapan tuduhan mengemukakan butiran palsu untuk tuntutan berjumlah RM80,000 ketika menjadi Adun Sungai Air Tawar.

Bagi tuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa mengemukakan butiran palsu dalam tiga surat Adun membabitkan peruntukan RM10,000 setiap satu, bagi membeli hadiah, cenderamata dan mengadakan jamuan program motivasi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta meraikan pelajar cemerlang peringkat DUN Sungai Air Tawar.

Beliau juga didakwa mengemukakan butiran palsu dalam dua surat Adun membabitkan peruntukan RM10,000 setiap satu, bagi Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga serta Forum Perdana Peringkat Mukim DUN Sungai Air Tawar.