Monday, June 21, 2010

ANWAR IBRAHIM GILER!!!!!!


Membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan yang “gila dan tidak bertanggungjawab” berhubung ancaman kumpulan pengganas di negara ini.Kenyataan Anwar bahawa pendedahan tentang ancaman kumpulan Jemaah Islamiyah JI baru-baru ini merupakan cubaan pihak kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat langsung tidak boleh diterima.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno dan Ketua Umno Bahagian Semberong berkata polis berbuat apa sahaja untuk memastikan rakyat negara ini termasuk Anwar “dapat tidur lena pada waktu malam ”Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Semberong di Taman Sri Lambak di sini yang dirasmikan anggota Majlis Tertinggi MT Umno yang juga Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Khamis lepas Anwar dilaporkan berkata isu mengenai JI hanya helah Barisan Nasional BN untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu besar lain yang timbul ketika ini.

[Apakah yang ingin dinyatakan oleh Ketua Parti Pembangkang.Adakah untuk menjatuhkan kewibawaan dan kredibeliti anggota polis yang telah menjalankan tugas mereka dengan efisyen dan komitmen untuk memasti negara berada ditahap yang selamat?Walau apa pun yang ditafsirkan oleh Anwar ibrahim ,Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menyatakan bahawa Kenytaan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah satu kenyataan yang giler dan hanya akan mengundang rasa tidak selamt setiap rakyat Malaysia.]

SI KATAK MELAMPAU...

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan cengkamannya ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi membolehkan organisasi itu diuruskan secara telus dan profesional.

Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu juga menuntut supaya penjelasan lanjut diberikan berhubung kemerosotan jumlah rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada tahun lalu.

Zaid meminta supaya penjelasan lanjut diberikan terhadap jawapan timbalan menteri di jabatan perdana menteri (JPM) Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat bahawa jumlah rizab berkenaan susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

"(Ahmad Maslan) gagal menjelaskan apa hasil yang boleh diperolehi Felda melalui pelaburannya, sebaliknya menggunakan wang tersebut untuk berbelanja sakan untuk 'tujuan kebajikan', seperti yang ditakrifkan.



[ Ini sekor lagi katak pembangkang yang dah pandai nak kondem orang lain punya kerja.Jangan bercakap la Zaid kalau tak tahu hujung pangkal cerita. jangan asyik nak cari kesilapan orang ...sedangkan kesilapan diri sendiri terabai dan tidak pula cuba untuk memperbaikinya. Malah kesilapan orang pulak yang cuba diperbaiki. DP rasa Zaid ni dah giler la kot...selepas kekalahanya di dalam Pilihanraya di Ulu Selangor baru-baru ini. ]

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat meletakkan kepercayaan mereka kepada pihak berkuasa daripada terpengaruh dengan dakyah pembangkang berhubung isu militan Jemaah Islamiah (JI).

Beliau berkata perkara itu adalah sesuatu yang benar dan bukanlah perkara yang diada-adakan untuk mengalih perhatian rakyat seperti dakwaan sesetengah pihak.

"Isu itu (militan JI) merupakan soal keselamatan negara dan sememangnya kerajaan mengetahui mengenai adanya penglibatan daripada kalangan pensyarah kanan di universiti tempatan dalam kegiatan militan tersebut," katanya ketika diminta mengulas tahap keselamatan negara ekoran pendedahan mengenai ancaman JI..

"Jadi sebab itulah kita mesti percaya dan yakin bahawa ini satu ancaman dan kita serah kepada pihak berkuasa sebab pihak berkuasa kita terutama sekali pihak polis dan anggota perisik memang mempunyai banyak pengalaman dalam menangani ancaman JI dan kumpulan militan," katanya.

Najib memberitahu pemberita selepas melancarkan Projek Pembinaan Limbungan Kapal NGV Tech Sdn Bhd sempena lawatan kerja beliau ke kawasan Parlimen Bagan Datoh di Bagan Datoh hari ini, laporBernama.

Menurutnya, berdasarkan keberkesanan tugas yang dilakukan pihak keselamatan dalam menangani isu-isu keganasan, kerajaan dapat menghindarkan
sebarang insiden yang meragut nyawa dan kerosakan harta benda seperti yang berlaku di negara-negara lain.

Beliau berkata, segala tindakan yang dilakukan adalah untuk tujuan pencegahan kerana tidak mahu menyesal nanti dan kerajaan dipersalahkan kononnya tidak mengambil langkah pencegahan.

"Jadi kita mesti ada kepercayaan kepada anggota polis dan pihak berkuasa yang terlibat menjaga keselamatan negara bahawa mereka mampu menghindar negara kita daripada sesuatu yang berlaku.

"Kalau kita meragui perkara ini dan kalau sesuatu berlaku (nanti) kita akan menyesal dan bila berlaku kerajaan pula akan dipersalahkan kononnya kita tidak mengambil tindakan pencegahan tapi bila kita ambil tindakan pencegahan mereka kata pula kita ada-adakan isu ini," katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan yang dimainkan pembangkang kerana mereka hanya cuba mengeksploitasi sesuatu isu tanpa memikirkan fakta demi keuntungan politik.

"Jadi ini sengaja dimainkan parti pembangkang. Biasalah...kita buat pun mereka kata kita tak betul, kita tak buat pun dia kata kita tak betul. Jadi rakyat mesti faham ini politik," kata Najib.

Khamis lepas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata isu mengenai JI hanya helah Barisan Nasional (BN) untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu besar lain yang timbul ketika ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Anwar kerana mengeluarkan kenyataan yang "gila dan tidak bertanggungjawab" berhubung ancaman kumpulan pengganas di negara ini.

Beliau berkata kenyataan Anwar bahawa pendedahan tentang ancaman kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) baru-baru ini merupakan cubaan pihak kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat langsung tidak boleh diterima.

"Ia merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab langsung, satu kenyataan yang saya percaya telah menidakkan kesungguhan pihak berkuasa yang berada di dalam keadaan tertekan, di mana kita tidak boleh mendedahkan (maklumat tentang keselamatan) kepada khalayak ramai," katanya.

Hishammuddin yang juga naib presiden Umno dan ketua Umno bahagian Semberong berkata polis berbuat apa sahaja untuk memastikan rakyat negara ini termasuk Anwar "dapat tidur lena pada waktu malam."

Bercakap selepas menghadiri mesyuarat Perwakilan UmnoBahagian Semberong, beliau berkata, kerajaan tidak tergamak untuk empermain-mainkan isu keselamatan negara dan dakwaan Anwar itu hanya membuktikan bahawa pemimpin pembangkang itu sanggup "berkata dan berbuat apa sahaja" untuk menidakkan tindakan serta kejayaan kerajaan.

"Jikalau itu pun dia (Anwar) boleh tuduh kita mereka-reka, satu hari nanti jika JI (Jemaah Islamiah) meletup dekat rumah dia, itu pun dia akan tuduh Umno juga," katanya.

Sementara itu beliau juga mencabar ketua umum PKR itu menjelaskan sama ada bekas pemimpin PKR seperti Dr Halili Rahmat, Dr Chandra Muzaffar dan Sallehuddin Hashim turut ditawarkan RM2 juta untuk keluar daripada parti pembangkang.

"Kesemua mereka mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, tetapi mereka bukan wakil rakyat. Kita hendak tahu sama ada tuduhan yang serupa turut dilemparkan terhadap mereka," katanya

Anwar Di Cabar Kemukakan BUKTI

Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mencabar ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan bahawa ahli parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk berpaling tadah.

Beliau berkata, sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu sehingga Isnin ini, maka ahli parlimen Permatang Pauh itu boleh dianggap melakukan satu pembohongan besar kepada rakyat.

"Kalau ada bukti tunjukkan dengan segera, jangan meracuni pemikiran rakyat dalam ceramah dengan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terbabit dalam kes lompat parti," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh, malam semalam.


[ Kemana anwar ibrahim....kenapa tidak mengemukakan bukti.Jangan hanya pandai berkata-kata dengan melemparkan pelbagai tuduhan palsu tanpa ada bukti yang kukuh. DP telah lama memerhatikan setiap word yang keluar dari mulut anwar ibrahim setiap kali pemimpin yang diberi gelaran Al-Juburi itu memberikan cermahnya. Apabila bercakap dikhalayak Kaum Cina , MELAYU dijualnya...Apabila bercakap dihadapan MELAYU.....MELAYU dicacinya..adakah ini pemimpin yang ingin dijadikan sebagai Pemimpin Negara? DP tidak berfikiran sesingkat mana yang Al-Juburi fikirkan. Perjuangan Al-Juburi hanya sia-sia...hanya sekadar ingin mempergunakan MELAYU agar dilihar sebagai bangsa yang mundur dan tidak berwawasan. Anwar Ibrahim lah yang sebenarnya pengkianat bangsa.Menuduh tanpa ada usul periksa. Mendedahkan pelbagai isu yang kononya Kerajaan serba tak kena. ]

Tuesday, June 15, 2010


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengemukakan bukti bahawa beliau menerima rumah dan kereta baru daripada pihak tertentu sebagai ganjaran keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Zahrain yang merupakan salah seorang ahli Parlimen dari Konsensus Bebas berkata, Anwar tidak perlu berlengah-lengah lagi untuk mengemukakan bukti terhadap segala dakwaannya itu.“Beliau tidak perlu terus ‘bermain wayang’ dengan membuat tuduhan demi tuduhan tanpa ada bukti. Ini semua sudah jadi politik kebudak-budakkan saja,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.(Sumber)

Disini telah jelas menunjukan bahawa DSAI memang suka mereka cipta sebuah sketsa agar dapat Al-Juburi membangkitkan satu kebencian rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) dengan melemparkan pelbagai fitnah terhadap sesiapa sahaja yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). DP tidak mahu sembang panjang-panjang lagi. Mari kita semua mengkaji apakah Anwar Ibrahim masih relevan di persada seni politik tanahair yang semakin hari semakin bersemak samun dengan fitnah yang disebarkan oleh Anwar Ibrahim. Ini bukan satu rekaan atau seumpama denganya. Tapi cuba kita renung dan fikirkan adakah pemimpin seperti anwar ibrahim yang kita inginkan untuk memimpin negara untuk masa hadapan.

Thursday, June 3, 2010

LIWAT: ANWAR CUBA BERBOHONG

Peguam Utama Anwar Ibrahim Karpal Singh menyatakan semalam bahawa mereka memerlukan khidmat bantuan pakar forensik dari Negara luar.

" Dr David Wells diperlukan bagi meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur."-Karpal Singh.

Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia.

Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan peguam belanya dijangka melawat kondominium di Damansara buat kali kedua sebelum perbicaraan bersambung, esok.

Apartmen, Unit 11-5-2 di kondominium Dammansara terletak bersebelahan dengan Unit 11-5-1, di mana pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa lokasi dia diliwat oleh Anwar.

Peguamnya sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu.






( Persoalan yang timbul disini adalah mengapa perlu memanggil pakar forensik dari luar negara untuk meneliti pengakuan 3 orang Doktor Malaysia berkenaan dengan APA??? DP pun x tahu. Tetapi kalau seluruh rakyat Malaysia perasaan mengapa mereka perlu memanggil pihak luar yang boleh di kelasterkan sebagai pihak ke-3 untuk membantu menyelesaikan kes Liwat Anwar. Ini adalah kali kedua pihak mereka telah memanggil pihak luar untuk membantu kes yang berlaku di Malaysia. Untuk Ape..??? Malaysia ni kurang pakar ke forensik ke??? yang sebenarnya Anwar akan terus berbohong dengan melibatkan sekutu Yahudinya dari luar negara. Kononya mereka mempunyai pakar yang lebih pakar daripada unit forensik Malaysia. Kononya la....begitu juga dengan kes Inkues Kematian Teoh beng Hock sampai panggil Pakar Pethologi dari Thailand. Anwar juga akan terus berbohong dan berbohong untuk mendapatkan simpati dari rakyat Malaysia bekenaan dengan isu liwat beliau)

Setelah Lama Berdiam Diri

Assalammualaikum kepada semua folower laman blog ini........

Alhamdulillah setelah membuat analisis tentang beberapa pilihanraya kecil yang berlaku baik di Semenanjung Tanah Air ...kini DarkPress muncul kembali..

Diharap mendapat sambutan...

Sekian..

Selamat Mengomen....dan membaca...

Ketelusan.....akan berlaku dari masa ke semasa...