Tuesday, June 15, 2010


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengemukakan bukti bahawa beliau menerima rumah dan kereta baru daripada pihak tertentu sebagai ganjaran keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Zahrain yang merupakan salah seorang ahli Parlimen dari Konsensus Bebas berkata, Anwar tidak perlu berlengah-lengah lagi untuk mengemukakan bukti terhadap segala dakwaannya itu.“Beliau tidak perlu terus ‘bermain wayang’ dengan membuat tuduhan demi tuduhan tanpa ada bukti. Ini semua sudah jadi politik kebudak-budakkan saja,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.(Sumber)

Disini telah jelas menunjukan bahawa DSAI memang suka mereka cipta sebuah sketsa agar dapat Al-Juburi membangkitkan satu kebencian rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) dengan melemparkan pelbagai fitnah terhadap sesiapa sahaja yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). DP tidak mahu sembang panjang-panjang lagi. Mari kita semua mengkaji apakah Anwar Ibrahim masih relevan di persada seni politik tanahair yang semakin hari semakin bersemak samun dengan fitnah yang disebarkan oleh Anwar Ibrahim. Ini bukan satu rekaan atau seumpama denganya. Tapi cuba kita renung dan fikirkan adakah pemimpin seperti anwar ibrahim yang kita inginkan untuk memimpin negara untuk masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Darkpress : Kasi peluang nak komen apa pun leh komen...Tak ada Hal Punya....AKU BUKAN BEKERJA UNTUK UMNO /BN