Friday, January 14, 2011

LARANGAN SENTIMEN PERKAUMAN........


Semua pihak yang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang diingatkan supaya tidak memainkan isu perkauman atau bakal berdepan tindakan tegas pihak berkuasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dalam perkara itu kerana ia akan mengeruhkan keadaan dan mengancam keharmonian kaum.

“Isu sensitif perkauman berkemungkinan digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak kisah untuk mengeruhkan keadaan di Labis dan jika ini berlaku pihak polis akan bertindak menegakkan undang-undang negara. Saya menuntut pihak polis mengambil tindakan.

“Setelah selesai pilihan raya, pihak yang meniupkan isu ini akan balik ke kawasan mereka tetapi penduduk Tenang yang akan mengalami kesusahan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Taklimat Keselamatan yang diadakan di Balai Polis Labis di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, segala keperluan polis termasuk semua perkara yang boleh menjejaskan PRK DUN Tenang telah diambil kira dalam taklimat dengan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali hari ini.

Menurutnya, pemantauan dimulakan sejak di peringkat awal iaitu sebelum dan selepas proses penamaan calon dan pengundian.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah mengajak orang Melayu mempertahankan tulisan jawi supaya terus hidup dan tidak pupus kerana ia merupakan satu perjuangan bangsa.

Baginda bertitah, tulisan jawi adalah khazanah bangsa yang bukan sahaja wajib dikekalkan tetapi diberi keutamaan dan dipertahankan selagi Melayu tidak hilang di dunia.




“Semangat para pejuang bahasa untuk terus mempertahankan warisan bangsa Melayu perlulah diberi penghargaan dan sokongan oleh setiap anak Melayu yang berjiwa dan bersemangat Melayu

“Meski setinggi mana mencecah awan, akar bangsanya biarlah mencecah bumi di tanah air warisan bangsa, tahu menghargai khazanah bangsanya dan tidak merelakan warisan bangsanya dihina atau dicerca,” titah baginda.

[SUMBER : UTUSAN MALAYSIA]

{Sememangnya orang MELAYU ketika ini sedang berhadapan dengan kepupusan tulisan JAWI di Malaysia khususnya pada golongan muda. Tulisan JAWI yang hanya di ajar ketika di bangku sekolah rendah tidak akan kekal didalam ingatan individu. Justeru itu seruan Raja Muda Perak Nazrin Shah perlu di sambut dengan baik tidak kira lapisan Umur agar Tulisan JAWI tidak akan pupus}