Monday, June 21, 2010

Anwar Di Cabar Kemukakan BUKTI

Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mencabar ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan bahawa ahli parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk berpaling tadah.

Beliau berkata, sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu sehingga Isnin ini, maka ahli parlimen Permatang Pauh itu boleh dianggap melakukan satu pembohongan besar kepada rakyat.

"Kalau ada bukti tunjukkan dengan segera, jangan meracuni pemikiran rakyat dalam ceramah dengan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terbabit dalam kes lompat parti," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh, malam semalam.


[ Kemana anwar ibrahim....kenapa tidak mengemukakan bukti.Jangan hanya pandai berkata-kata dengan melemparkan pelbagai tuduhan palsu tanpa ada bukti yang kukuh. DP telah lama memerhatikan setiap word yang keluar dari mulut anwar ibrahim setiap kali pemimpin yang diberi gelaran Al-Juburi itu memberikan cermahnya. Apabila bercakap dikhalayak Kaum Cina , MELAYU dijualnya...Apabila bercakap dihadapan MELAYU.....MELAYU dicacinya..adakah ini pemimpin yang ingin dijadikan sebagai Pemimpin Negara? DP tidak berfikiran sesingkat mana yang Al-Juburi fikirkan. Perjuangan Al-Juburi hanya sia-sia...hanya sekadar ingin mempergunakan MELAYU agar dilihar sebagai bangsa yang mundur dan tidak berwawasan. Anwar Ibrahim lah yang sebenarnya pengkianat bangsa.Menuduh tanpa ada usul periksa. Mendedahkan pelbagai isu yang kononya Kerajaan serba tak kena. ]

No comments:

Post a Comment

Darkpress : Kasi peluang nak komen apa pun leh komen...Tak ada Hal Punya....AKU BUKAN BEKERJA UNTUK UMNO /BN