Friday, November 6, 2009

Sultan tegas isu tauliah ceramah

SHAH ALAM - Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan pertemuan Sultan Sharafuddin Idris Shah (gambar) dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi di sini, petang kelmarin.

Katanya, pertemuan yang diadakan pada jam 5 petang itu membincangkan beberapa perkara berkaitan agama termasuklah isu ceramah tanpa tauliah.

“Dalam perjumpaan itu, Tuanku Sultan menitahkan pihak berkenaan (Jais) supaya memastikan sesiapa yang ingin mengajar, mendakwah atau memberi khutbah di masjid atau surau di Selangor perlu mempunyai tauliah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohamad Munir berkata, Sultan Sharafuddin amat menitikberatkan isu berkaitan isu ceramah tanpa tauliah.
terjawap la sudah segala persoalan yang dimainkan oleh pembangkang...SULTAN telah bertitah.....ada sesiapa yang ingin membantah....silakan.....DP berfikiran ada baiknya juga diberi tauliah.....kerana ianya akan menghasilkan keyakinan kepada si pedengar bahawa Tuan Penceramah di Malaysia mempunyai pengiktirafan daripada Jabatan Agama Islam......dan tidak akan menimbulakan rasa was-was.......

No comments:

Post a Comment

Darkpress : Kasi peluang nak komen apa pun leh komen...Tak ada Hal Punya....AKU BUKAN BEKERJA UNTUK UMNO /BN