Thursday, November 12, 2009

Bekas ahli Pas akui amalan sudah lama dilaksana

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin Pas mengakui amalan baiah sudah lama dilaksanakan parti itu terutama ketika Pas menghadapi masalah dengan Parti Semangat 46 (S46).

Ia bagi memastikan pemimpin parti berkenaan, terutama wakil rakyat, terus setia dengan Pas walaupun rakan bersekutu daripada S46 mengambil keputusan menyertai Umno.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata ia wujud ketika beliau masih bersama Pas dan sudah menghasilkan sebuah buku mengenai amalan itu.

“Baiah sememangnya wujud dalam Pas, tetapi tidak seperti ditetapkan Islam. Baiah perlu mengikut sistem Islam sebenarnya dan bagi saya kepemimpinan Pas tidak layak melaksanakan baiah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Baru dari Pas, Ramli Abu Bakar, berkata Pas mengamalkan baiah ketika perpecahan parti itu dengan S46 yang menyertai Umno. -->Baca Lagi <--
Disini telah jelas segalanya bahawa amalan Bai'ah ini telah lama wujud didalam kamus PAS.Mengapa Nik Aziz nak menafikanya lagi. Darkpress rasa lepas ni mungkin akan ada lagi pengakuan yang lebih mendalam berkenaan dengan isu Bai'ah ni. Lepas ni , sesiapa yang rasa nak kahwin lain tapi tak dapat kebenaran daripada isteri pertama , boleh la JOIN PAS sebelum terlambat pakej Bai'ah ( Tiket ke Syurga dan Bini Baru ). Muslimah PAS pun boleh tahan jugak Darkpress tengok , insyaAllah ok punya. Bukan senang dapat isteri yang memahami ni. Tapi darkpress nak tanya sahabat Darkpress iaitu http://ohbaganpinang.blogspot.com (Kak Jam) suami dia orang PAS....macam mana la nasib dia lepas ni.hermmmmm.....

No comments:

Post a Comment

Darkpress : Kasi peluang nak komen apa pun leh komen...Tak ada Hal Punya....AKU BUKAN BEKERJA UNTUK UMNO /BN