Monday, November 16, 2009

Generasi Muda sertai UMNO tetapi ada HALANGAN sertai Parti!!!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah tidak benar bahawa generasi muda sekarang tidak menyokong Umno, tetapi mereka sebenarnya menghadapi halangan untuk menyertai parti.

Beliau berkata ini berikutan ada sesetengah pimpinan peringkat cawangan parti enggan menerima kemasukan generasi muda yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berkelulusan tinggi kerana bimbang kedudukan mereka tergugat.

"Sekarang ini ramai orang Melayu memiliki ijazah dan inilah cabaran kepada ketua-ketua cawangan, mereka takut disingkir dan diganti dengan mereka yang punyai pelajaran lebih tinggi.
"Apabila sudah dapat tempat sebagai ketua cawangan, mereka enggan lepaskan. Sebab itu, kalau ada yang ada kelebihan sedikit dari segi kelulusan atau berijazah, tidak dibenar masuk dalam cawangan," katanya pada Majlis Wacana Ilmu anjuran pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Sabah di sini pada hari Sabtu.




Ini satu lagi yang politik Melayu UMNO tidak dapat untuk berubah. Setiap kali piliharaya umum pasti akan timbul isu Undi Golongan Muda. Darkpress (DP) melihat isu ini timbul kerana apa yang diperkatakan oleh Tun Mahatrir adalah benar. Penglibatan generasi muda didalam Parti (UMNO) ditolak. Didalam mengharungi dunia politik yang pelbagai cabaran dan halangan seharusnya sudah tiba masanya UMNO memiliki senjata yang dihasilkan oleh pemikiran Genersi Muda. DP melihat contohnya di Parlimen Lembah Pantai , Nurul Ezzah yang jauh lebih muda sudah pun bertanding malah menang didalam Pilihanraya-12 lalu. Ini jelas menunjukan bahawa PakatanRakyat telah menggunakan senjata Generasi Muda mereka untuk mewakili Parti mereka. Tetapi UMNO masih lagi mengenepikan Genersai Muda untuk melibatkan diri didalam UMNO hanya kerana takut kedudukan mereka digugat oleh Genersi Muda. Bagi DP perubahan Politik UMNO harus berubah dan Orang2 Lama didalam UMNO harus menunjuk ajar kepada Genersi Muda dari mana....dan dimana permulaanya Perjuangan UMNO untuk membela nasib Melayu.

No comments:

Post a Comment

Darkpress : Kasi peluang nak komen apa pun leh komen...Tak ada Hal Punya....AKU BUKAN BEKERJA UNTUK UMNO /BN