Wednesday, November 25, 2009

Nik Aziz TAKBUR


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.

"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.

"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.

ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya. ---> BACA DENGAN LANJUT<---

Berdasarkan apa yang terlakar diatas dada laman blog Panglima Perang Cyber jelas menunjukankan bahawa Nik Aziz sudah berada dilandasan Seorang Tok Guru yang telah diselubungi dengan ke Takburanya. Tok Guru Nik Aziz (TGNA) harus bertanggungjawab diatas perpecahan yang sengaja dilakukan oleh TGNA kepada Umat Islam. Hujah ini diperkuatkan lagi apabila Abdullah Sa'amah Pengasas Pondok Geting membuat teguran secara terbuka di Tumpat Kelantan walaupun menyedari bahawa dirinya dimusuhi oleh TGNA. Dengan jelas juga Abdullah Sa'amah juga menyatakan bahawa TGNA tidak lagi bertindak mengikut Ajaran Islam dan Ijtihad Ulama serta beliau mentafsir Al-Quran mengikut fahaman sendiri serta mempunyai agenda tersendiri. Secara tidak langsung Anwar Ibrahim menggunakan TGNA sebagai diantara senjata untuk melolosi pemikiran Rakyat yang beragama Islam di Malaysia sebagai salah satu alternatif bagi melumpuhkan Kerajaan sedia ada.

No comments:

Post a Comment

Darkpress : Kasi peluang nak komen apa pun leh komen...Tak ada Hal Punya....AKU BUKAN BEKERJA UNTUK UMNO /BN