Thursday, December 3, 2009

Tian Chua dakwa ada bukti

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa mempunyai bukti sahih berhubung pembabitan isteri kepada seorang menteri kanan dan seorang tokoh korporat berpangkat Tan Sri yang mengirim dana keluar negara secara tidak sah.

Ahli Parlimen pembangkang itu mendakwa, pada Mac tahun lalu, isteri menteri itu mengirim dana sebanyak RM600,000 ke Dubai, manakala antara Jun hingga Ogos tahun lalu, tokoh korporat itu mengirim dana berjumlah RM22.2 juta ke United Kingdom.

Justeru, beliau menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyegerakan siasatan terhadap dua kes itu yang melanggar undang-undang perbankan negara mengikut Seksyen 30(1) (b) dan Seksyen 35 (b), Akta Pengurupan Wang 1998. >baca lagi<

Pada aku la.....ini semua permainan yang sengaja diadakan-adakan oleh Tian Chua...sebab , kalau betul la perkara tersebut berlaku...dah lama dah SPRM kejar buat siasatan. Ini tidak lain dan tidak bukan bahawa Tian Chua takut kehilangan titlenya sebagai MP Batu (PKR). Secara tidak langsung apabila mahkamah memutuskan bahawa Tian Chua didapati bersalah telah mengigit anggota polis pada 2 tahun lalu di Parlimen secara automatiknya Tian Chua akan kehilangan Haknya sebagai MP @ Ahli Parlimen bagi Kawasan Parlimen Batu. Isu sahaja. Tetapi disebalik mengada-ngadakan cerita ini sebenarnya Tian Chua ingin menunjukan bahawa dia buat kerja la kononya di dalam memenagi hati rakyat agar memandangnya sebagai tidak bersalah. Ini semua permainan Politik Murahan la......Orang Pekak pun tahu la ini GAME.....Woi Tian Chua......jangan suka sangat nak buat - buat cerita la........Logiknya....kalau betul perkara itu ada buktinya,,....SPRM dah lama buat siasatan kepada Isteri Tan Sri tu.....sebab ianya melibatkan jumlah yang banyak sehingga ke angka JUTA tu.....Logik fikir la....BODOH BETUL......

No comments:

Post a Comment

Darkpress : Kasi peluang nak komen apa pun leh komen...Tak ada Hal Punya....AKU BUKAN BEKERJA UNTUK UMNO /BN