Wednesday, December 9, 2009

BTN: Kritikan dibesarkan

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihak tertentu yang mengkritik kandungan dan pengisian program Biro Tata Negara (BTN) dianggap memberikan pandangan yang berlebih-lebihan.
Bekas Perdana Menteri berkata, program yang dilaksanakan sejak lebih 20 tahun itu tidak menerima sebarang kritikan ketika beliau menerajui negara ini.
‘‘Sebaliknya, mereka yang menyertai kursus tersebut sentiasa mendapati ia memberikan manfaat kerana apa yang kita tekankan adalah tentang keperluan memiliki satu sistem nilai dan budaya baru. (Baca lagi)
Tidak ada agenda lain selain untuk memburukan lagi Kerajaan Pusat. itu lah diantara Angenda pembangkang. DP juga pernah mengikuti kursus wajib tersebut. Apa yang DP dapati adalah ianya bercanggah dengan apa yang dinilaikan oleh pembangkang. Malah ianya memupuk semangat cintakan negara dan masyarakat. BTN juga menyatukan tiga bangsa tidak kira sama ada yang berada diutara , Selatan , Sabah dan Sarawak. Tidak ada persoalan untuk memburukan siapa pun dalam hal BTN.
Pembangkang telah mula berasa panas bontot kerana telah merasakan bahawa kehadiran mereka tidak disenangi oleh rakyat dengan menyatakan BTN ini berbentuk menghasut. Dikaitkan pula dengan modul Kurikulum yang disifatkan ingin memburuk-burukan pembangkang. DP rasa ada dikalangan Menteri Pembangkang juga pernah menjalani kursus BTN tersebut.Jangan nak kata tak pernah la...Anwar Ibrahim tak kan tak pernah sertai sedangkan ianya kursus wajib. Nampak sangat la nak mempengaruhi rakyat yang tidak pernah menyertai BTN dengan membawa agenda PANDANGAN BURUK kepada kerajaan.

1 comment:

  1. Abis tu,engkau pernah pergi kursus BTN ke?Mak aku sendiri pernah pergila,banyak kali pulak tu..memang BTN tu dgunakan untuk menghasut rakyat menyokong kerajaan,yang selalu kena pergi,mestilah kakitangan kerajaan,budak MRSM,budak Uitm,disebabkan kebanyakan peserta tak tahu menahu pasal politik,senanglah kena pengaruh..

    ReplyDelete

Darkpress : Kasi peluang nak komen apa pun leh komen...Tak ada Hal Punya....AKU BUKAN BEKERJA UNTUK UMNO /BN