Friday, December 4, 2009

Bertikam lidah isu Ketuanan Melayu

Isu Ketuanan Melayu menghangatkan Dewan Rakyat sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara beberapa Ahli Parlimen. Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan yang mula kecoh selepas isu itu dibangkitkan oleh M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).

“Tolonglah Yang Berhormat, setiap kali berhujah, mestilah berhujah seperti seorang Ahli Parlimen, bukan seorang ahli politik.

“Apabila bersikap sebagai Ahli Parlimen, Yang Berhormat akan ingat dengan peraturan mesyuarat, jangan sama sekali menzahirkan perkataan yang menggamit reaksi negatif kawan sebelah.

“Kalau mahu bercakap seperti ahli politik, buat di luar, bukan dalam waktu perbahasan, ini mesyuarat ahli Yang Berhormat, jadi jangan timbulkan lagi perkara begini,” kata Pandikar Amin.

Kulasegaran membangkitkan isu Ketuanan Melayu ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon berhubung perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Beliau berkata, isu perpaduan di Malaysia menghadapi halangan dan kekangan seperti isu ketuanan Melayu yang disifatkannya sebagai satu diskriminasi kepada kaum lain di negara ini.

“Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga sangat memberi tentangan kepada keharmonian,” katanya menyebabkan beberapa Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) berdiri dan menjerit membantah.

Ini la dia sikap parti Pembangkang yang suka sangat membangkit isu-isu Negatif didalam Dewan agar selurh rakyat Malaysia akan memandang buruk kepada UMNO (BN). Tiada isu yang lain hendak dimainkan....KETUANAN MELAYU....jangan disebut2 lagi......Semua orang mesti mau ingat itu KETUANAN MELAYU lu orang semua jangan kacau......DEWAN di Parlimen untuk membincangkan apa yang sepatutnya di bincangkan....perkara yang dilarang sama sekali disebut janagn disebut lagi...kerana ianya mampu mengheret ke jurang PERANG 13 Mei 1969 jangan main-main....


No comments:

Post a Comment

Darkpress : Kasi peluang nak komen apa pun leh komen...Tak ada Hal Punya....AKU BUKAN BEKERJA UNTUK UMNO /BN