Friday, December 11, 2009

Nik Aziz puji PM berani


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang pejuang Islam serta pemimpin yang berani.

Beliau berkata, tindakan Perdana Menteri ke Selatan Thailand kelmarin dalam usaha membantu umat Islam di sana adalah satu tugas terpuji dan bersetuju dengan usaha yang dilakukan Presiden Umno itu. Katanya, Najib juga dianggap sebagai pemimpin berani kerana masih sanggup bertemu dengan penduduk Islam di negara bergolak itu sedangkan ketika kunjungan berkenaan, berlaku beberapa kejadian menembak dan pengeboman yang mengorbankan beberapa nyawa.

Saya setuju sangat dengan tindakan Najib membantu itu, tapi ia hendaklah tidak kira orang Islam, malah membabitkan semua penduduk di situ.

Kalau ada usaha dari Malaysia untuk membantu penduduk Islam di negara itu (sebagaimana dilakukan Najib), saya cukup setuju. Penduduk Selatan Thailand itu sama ada Islam atau tidak, perlu dibantu, saya cukup dukacita dengan kejadian yang berlaku di negara itu, katanya selepas merasmikan seminar menjelang 20 tahun kepimpinan ulama membangun bersama Islam negeri Kelantan, di Dewan Konvensyen Pusat Perdagangan Kelantan, di sini, semalam.

Lawatan singkat Dato'Seri Najib ke Thailand disambut baik. Malah bacaan doa oleh imam masjid Selatan Thai menjadi penutup perjumpaan mereka.Tidak ada pula doa untuk membinasakan Dato'Seri Najib. Lawatan singkat ini juga turut menunjukan bahawa Negara Malaysia mempunyai suatu inisiatif bagi meredakan pergolakan di Thailand.Jadual PM yang ketat sepanjang kunjungannya ke wilayah ini termasuk menghadiri majlis penamaan Jambatan Muhibah menghubungkan Ban Buketa dengan Bukit Bunga di Tanah Merah dan melawat Ban Rotunbatu yang menempatkan keluarga ibu tunggal yang kematian suami akibat keganasan di selatan Thailand. Bukan itu sahaja malah turut membantu pembinaan Sekolah Agama di Wilayah bergolak tersebut. Bertapa mulianya Dato'Seri Najib Tun Abdul Razak. Tetapi sayang sekali rakyat Malaysia membenci Dato'Seri....rakyat tidak nampak begitu perihatinya Pemimpin No.1 negara. Ini lah dia Pejuang Islam yang sebenar, bukan sahaja mengutamakan rakyat didalam Negera sendiri sahaja tetapi Di Negara Jiran juga Umat Islam perlu dititik beratkan.


No comments:

Post a Comment

Darkpress : Kasi peluang nak komen apa pun leh komen...Tak ada Hal Punya....AKU BUKAN BEKERJA UNTUK UMNO /BN