Thursday, October 15, 2009

JIKA BENAR BAGAI DIKATA.....

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata - Umno tidak lagi relevan kepada orang-orang Melayu berikutan pengakuan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin bahawa Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Katanya lagi "Jika MCA sendiri yang menjadi rakan kongsi di dalam BN dilihat bersetuju bahawa Umno adalah musuh, adakah ia tidak menjadi musuh kepada rakyat yang bukan rakan kongsinya?" katanya.

Sebab itulah, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, seluruh rakyat Malaysia mesti disedarkan bahawa Umno hanya bersandarkan perbuatan mengapi-apikan perkauman untuk menyambung nyawanya dan ia akan mati jika tidak mengapi-apikan perkauman serta menyalahgunakan kuasa.sila lihat------->>>>
Ini lah sebenarnya penghapus perpaduan antara kaum yang tidak memahami apakah isi sebenar ucapan yang dibawa oleh Khairi Jamaluddin. Bukan sahaja mengapi-apikan antara kaum tetapi kelihatan tidak mahu memberi sokongan kepada semangat Perpaduan Kaum.Peristiwa 13 mei 1969 menjadi saksi yang mana telah mencoretkan sejarah besar kepada Negara. Huru haranya Kuala Lumpur ketika itu seperti hendak kiamat. pertumpahan darah di sekitar Kuala Lumpur. Adakah itu yang kita mahu????Apakah mereka buta dengan tindakan suku-sakat Komunis yang masih meneruskan agenda mereka untuk menggulingkan Malaysia dengan memberi sokongan yang padu kepada Parti ekstrimis yang tidak menyokong tindakan Kerajaan Malaysia. Apakah mereka yakin bahawa Kaum Cina yang menyokong Parti Pakatanrakyat itu adalah sebenar-benarnya menyebelahi mereka untuk melakukan perubahan di Malaysia.? Jawapan sebenarnya terletak kepada kita semua rakyat Malaysia yang cintakan tanahair untuk hidup dengan aman dan tenteram.
Sebenarnya.....si Anak Kecil ini berpendapat bahawa Kaum Cina yang menyebelahi kepada Parti Hitam tersebut mempunyai agenda mereka sendiri. Dengan memberi sokongan yang padu kepada Parti Pakatanrakyat yang telah jelas menunjukan bahawa mereka membangkang apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk melihat rakyat Malaysia berada didalam keselesaan dan keamanan. Jika kita lihat peristiwa HINDRAF.......kaum India menuntut yang kononya mereka juga mempunyai hak di Tanah Melayu...sedangkan telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara Hak Keistimewaan Melayu.........tetapi mengapa Kaum Cina tidak melakukan perkara yang sama? Cuba anda semua menungkan bersama. Ini kerana mereka akan menuntut sama seperti Kaum India selepas kejatuhan Kerajaan Malaysia ke tangan Parti Pakatanrakyat. Ini semua telah dirancang. Jika kita perhalusi lagi perkara tersebut mungkin tuan2 juga akan bersependapat dengan saya. Bukan saya nak mengapi-apikan semua Kaum Cina.....tetapi segelintir dari mereka.......Saya yakin bahawa tidak ada bezanya antara kaum kita Di Malaysia. Kerajaan telah bertindak dengan mengikut rasionalnya keputusan Perdana Menteri.
p/s: Jangan disalah ertikan penulisan si Kecil ini.......Bukan untuk mencetuskan pertempuran antara kaum.....tetapi hanya sebuah pemikiran si Kecil......

No comments:

Post a Comment

Darkpress : Kasi peluang nak komen apa pun leh komen...Tak ada Hal Punya....AKU BUKAN BEKERJA UNTUK UMNO /BN